Anak Sampah

Selesai menyaksikan Drama Anak Sampah yang di tayangkan di TV3, saya teringat perkataan yang menjadi penutup penceritaan Drama tersebut...

"Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)"

Maksud Riwayat tersebut, kita tidak boleh memutuskan hubungan kita dengan saudara kita dan kita tidak boleh putuskan hubungan saudara kita dengan saudaranya. Dalam hal ini, kita tidak boleh menjadi batu lonjakkan dan menyebabkan perkara sebegini berlaku. Perkara amat di larang dalam setiap agama. Walaupun kita berbeza agama, pemutusan silaturrahim atau persaudaraan boleh menyebabkan pergaduhan yang besar dan menyebabkan banyak pihak yang terlibat. Tetapi dalam konstek kihidupan kini, banyak di antara memutuskan silaturrahim yang dulu rapat bak air yang di cincang tak akan putus disebabkan POLITIK, tidak sependapat dan sebagainya.
Yang paling jelas yang terdapat dalam negara kita di sebabkan Politik. Pembezaan parti dalam sesebuah tempat menyebabkan terputusnya silaturrahim dan menyebabkan terbisah dan tidak tegur antara satu sama lain. Persoalan di sini, adakah mereka terfikir tentang riwayat ini? Disebabkan pendapat yang berbeza dan kegilaan kuasa mentakluki negara sanggup memutuskan saudara sendiri. Kita harus fikir, jikalau hanya di sebabkan perkara yang kecil, kita tertempahkan yang tidak sepatutnya...

0 comments:

Post a Comment