2013/02/02

Membeli Tiket Airasia Sendiri

Hai Semua... di sini saya ingin membantu kepada sesiapa yang ingin membeli tiket Airasia sendiri tanpa bantuan agent... kepada yang terbiasa beli itu just baca je lah... yang kurang itu boleh bagitahu yer...

cara pertama, pergi ke laman web Air Asia.Com.. selepas itu, paparan utama akan di tunjuk seperti gambar di bawah seperti gambar di bawah jikalau tiada perubahan di masa akan datang.


Kemudian pergi bahangian kotak seperti di bawah dan isi bahagian yang perlu di isikan. Jikalau pergi satu hala tekan butang one way... Selepas itu, isi bahagian origin kita dari mana dan destination tempat yang ingin di lawati atau pergi dan tarikh yang di minati. Akhir Sekali tekan butang search yang berwarna merah.


Paparan yang di bawah akan di tayangkan. Selepas itu pilih masa dan harga yang diingini. selepas itu klik kotak yang di atas OKU symbol or confirm dan klik continue yang berwana kotak merah di bahagian hujung ayat yang ada simbol OKU.

 


kemudian paparan di bawah akan di tunjukkan. Jikalau anda penguna pertama kali, anda kenalah isi contact details tetapi jikalau anda sudah mendafatar anda hanya perlu tekan butang login yang berwana kotak hitam.



Paparan seperti di bawah akan di tunjukkan selepas daftar. dan isi sesiapa yang ini pergi atau naik kapal terbang tersebut. isi semua yang di perlukan dan berapa kilogram beg yang perlu di check in dan semasa pernebangan perlukan makanan atau tidak. tempahan Online boleh dapat harga yang murah daripada counter. Selepas itu tekan kotak yang bertulis continue or sambung.



 Kemudian paparan di bawah akan di tunjukkan, jikalau semasa penerbangan anda memerlukan insurans anda hendaklah tekan kotak pengesahan tetapi jikalau anda tidak memerlukannya anda hendaklah menekan butang batal dan OK... selepas itu tekan kotak sambung or continue. .


 Dan seterusnya pemilihan tempat duduk dalam kapal terbang, jikalau ingin memilih, kerusi yang berwarna merah harga RM30 dan putih RM6 bergantung pada tempat yang ingin di tujui dan kotak yang bertanda X pada tempat duduk bermakna sudah di pilih orang. tetapi jikalau ingin berjimat lebih baik jangan beli dan Seterusnya tekan kotak sambung atau continue.
 

 Kemudian proses pembayaran. pembayaran terdapat 4 jenis iaitu Debit langsung (Direct Debit), kad Kredit (Credit Card), Credit account and E-voucher.  Jikalau anda membayar mengunakan Debit langsung anda tidak perlu membayar lebih daripada harga tiket tetapi jikalau anda membayar mengunakan kad kredit anda di kenakan charge untuk satu hala dan tiket.


Sebelum membayar hendaklah periksa ringkasan Tempahan dengan details supaya kita tidak tersalah beli. Ringkasan ada di bahagian tepi sebelum membayar.  GOOD LUCK.. Gatcha...


p/s: jikalau ada kesalahan itu adalah kesilapan saya.. maaf...

0 comments:

Post a Comment