2013/10/11

Lenser Kuching Part 1

Untuk catatan pertama bersiar-siar di Kuching Sarawak, saya ingin kongsikan lawatan saya di pusat orkid yang berada di Bandaraya Kuching yang telah miliki oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Taman Orkid ini terletak berdekatan dengan Astana iaitu tempat gabenor Sarawak tinggal dan Dewan Undangan Negeri. Taman Orkid ini mula di bina pada tahun 2007 dan telah siap serta bunga-bunga orkid dalam kata lengkap bergelar taman pada tahun 2009. Terdapat sebanyak 75000 bunga orkid yang telah di tanam dan di jaga rapi. Untuk makluman umum, waktu operasi setiap hari pada pukul 9.30 pagi hingga 6petang kecuali pada hari isnin untuk proses penjagaan rapi serta penyelengaraan. Yang paling bestnya kemasukan adalah percuma dan tiada bayaran walaupun sesiapa yang ingin mengambil gambar bunga. Gambar bunga yang berjaya di tangkap oleh lenser kamera handphone saya seperti di bawah. ENjoy.

Keluasan sertakedudukan Taman Orkid













Untuk Maklumat Lanjut tentang taman orkid ini sila klik Taman Orkid

0 comments:

Post a Comment